Connect with us

Oh! Media

Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Tidak Mahu Jatuh Sakit

Oh! Lifestyle

Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Tidak Mahu Jatuh Sakit

ADVERTISEMENT

Kadangkala kita tidak sedar perkara yang  boleh menyebabkan kita sakit kerana tidak mengetahui akan kesannya pada kesihatan. Di bawah ini Ohmedia nak kongsi beberapa perkara yang perlu dielakkan supaya tidak mudah jatuh sakit

Tidur Meniarap

Pasti ramai di antara kita kerap tidur secara meniarap. Walaubagaimanapun, korang perlu untuk kurangkan tidur dalam posisi ini kerana ianya akan mengganggu proses peralihan darah dan boleh menyebabkan korang jatuh sakit. Justeru itu, amalkan cara tidur yang betul iaitu secara terlentang atau mengiring.

Beg Tangan

Setiap wanita mempunyai beg tangan peribadi yang akan dibawa setiap hari. Kebiasaannya akan disangkut pada bahu yang sama. Namun tidak semua wanita tahu perkara ini boleh menyebabkan otot tidak seimbang dan menimbulkan rasa sakit. Oleh itu, korang perlu bawa beg secara bergilir antara bahu kiri dan kanan dan elakkan untuk membawa barang terlalu banyak sehingga menyebabkan beg menjadi berat.

Tali Pinggang Terlalu Ketat

Jika memakai tali pinggang, pastikan tidak terlalu ketat kerana ia akan mengganggu proses penghadaman dengan menekan perut sehingga organ dalaman. Oleh yang demikian, korang perlu memakai tali pinggang mengikut keselesaan dan tidak terlalu ketat.

Regangan Badan

Boleh dikatakan setiap kali bangun tidur kita akan melakukan regangan badan tanpa menyedari kesan bahaya yang akan kita alami. Hal ini boleh menyebabkan kita merasa sakit di bahagian punggung dan leher. Sebaiknya selepas bangun tidur kita terus berjalan atau minum air putih.

OHMEDIA : SEMOGA PERKARA INI DAPAT DIELAKKAN KERANA KESANNYA TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN

+Baca respon pembaca kurangkan perkara yang perlu dielakkan jika tidak mahu jatuh sakit di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas