Connect with us

Oh! Media

Banyak Rumah RM300,000 Ke Bawah Tidak Terjual! Apa Puncanya?

Oh! Negara

Banyak Rumah RM300,000 Ke Bawah Tidak Terjual! Apa Puncanya?

Perghh! Banyak lagi rumah yang tak terjual rupanya. Sebenarnya apa penyebab lambakan rumah tak terjual ni berlaku? Sebelum ini, Zuraida Kamaruddin ada mengeluarkan maklumat yang sebanyak 48,585 unit rumah yang berharga RM300,00 dan ke bawah di seluruh negara masih tidak terjual.

ADVERTISEMENT

Tetapi jumlah ini termasuk 35,512 unit rumah dalam pembinaan dan 12,073 unit rumah yang sudah siap. Sebenarnya bagi Ohmedia perkara ini boleh berlaku apabila pemaju terlalu diberkebebasan untuk menjalankan projek tanpa memeriksa kemampuan atau kemudahan yang ada di kawasan perumahan untuk menarik minat pembeli. Harga juga menjadi punca kepada masalah ini.

Bagi Zuraida pula, masalah utama kegagalan ini berlaku kerana pemohon dari golongan B40 dan M40 gagal untuk melakukan pinjaman bank. Jadi apa langkah yang diambil kerajaan?

Kementeriannya akan menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah Mampu Milik (HOC) yang memberi fokus kepada rumah berharga RM300,000 ke bawah bagi golongan berkenaan, dari 4 hingga 6 Oktober ini di kompleks membeli-belah NU Sentral.

Terdapat kira-kira 10,500 rumah yang keseluruhannya bernilai RM2 bilion akan ditawarkan oleh 32 pemaju swasta dan kerajaan yang menyertai HOC ini nanti, katanya.

Zuraida berkata, terdapat pelbagai insentif menarik yang ditawarkan pada HOC berkenaan, antaranya diskaun RM30,000 melalui Skim Perumahan Mampu Milik dan pengecualian duti setem bagi surat cara pindah milik kerajaan serta perjanjian pinjaman.

Ohmedia difahamkan banyak lagi tawaran menarik ada dekat sana, jadi bagi yang berminat boleh datang ke sini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Public


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas