Connect with us

Oh! Media

Pergh! Budak Tadika Pun Boleh Ambil Gambar Cantik Bila Guna Phone Ni!!

Branded

Pergh! Budak Tadika Pun Boleh Ambil Gambar Cantik Bila Guna Phone Ni!!

Dalam artikel sebelum ni, Ohmedia dah kongsikan tentang beberapa perkara tentang fungsi Artificial Intelligence (AI) pada Huawei Mate 10 dan bagaimana fungsi tersebut mampu memberi impak kepada anda sebagai pengguna.



Kali ini, Ohmedia nak memfokuskan tentang bagaimana kewujudan AI Photography pada Huawei Mate 10 ini mampu memberikan pengalaman yang berbeza kepada kita sebagai pengguna.


Macam korang la, dah tak ada sesiapa lagi tulis diari guna pen. Nak tulis diari pun dah tak ada masa. Sebab tu kita lebih suka ambil gambar dalam aktiviti harian kita. Macam-macam perkara yang terjadi dan kita lakukan seharian dan semua saat indah tersebut diabadikan dengan gambar melalui kamera pada smartphones.



Huawei Mate 10 ni pada Ohmedia memang mampu menjadikan pengalaman mengambil gambar menggunakan telefon pintar menjadi lebih cepat tapi yang bagusnya, tetap dapat memberikan hasil yang jauh lebih cantik dari pelbagai smartphones lain dengan hanya sekali ‘snap’, sahaja. Jadi barulah lebih mudah untuk untuk berkongsi ke laman sosial tanpa perlu membuang banyak masa nak edit segala bagai ye tak? Ambil dan terus upload memang syok!

Kalau ikutkan nak dapatkan hasil gambar yang betul-betul cantik memang memerlukan sedikit skill tentang dunia fotografi atau perlu memiliki DSLR. Tapi zaman berevolosi dengan sangat pantas dan menjadikan sesiapa sahaja kini mampu untuk mengambil gambar dengan cantik hanya melalui telefon pintar mereka yang muat masuk ke dalam poket sahaja kalau nak dibandingkan dengan DSLR.

Jadi apa sebenarnya sumbangan AI yang terkandung dalam Huawei Mate 10 ni hingga menjadikan Mate 10 sebuah telefon pintar yang lain daripada mana-mana smartphones lain di pasaran ketika ini?

AI dalam Huawei Mate 10 mampu membezakan pelbagai situasi seperti portrait, sunset, sunrise, blue skies, dan banyak lagi. Melalui data yang tersimpan di dalam AI, ini membolehkan Mate 10 mengambil gambar dengan tetapan yang menjadikan kita seorang pengguna yang menghasilkan gambar gaya seorang profesional.

Hebatnya AI tersebut, dari hari ke hari AI tu sendiri akan belajar banyak perkara melalui kita sebagai penggunanya. Senang cerita, AI dalam Mate 10 ni tak ubah macam P.A kita yang tahu semua perkara. Haha!

Di bawah ini antara 5 perkara asas kamera di smartphones yang biasa kita gunakan tetapi lepas ini boleh diambil alih sepenuhnya oleh AI untuk penghasilan gambar yang awesome!

1. AI Scene & Object Recognition

Kalau tengok contoh gambar kat atas tu, ini merupakan features yang begitu hebat tentang bagaimana AI mampu mengenali pelbagai scene dan juga apa objek yang diambil. Tonton video berikut untuk lebih faham.



2. AI Selfie



Selfie memang penting untuk orang perempuan. Kalau selfie tak ok memang mereka takkan beli. Tapi jangan tak tahu dengan AI Selfie ni, Huawei Mate 10 mampu menghasilkan selfie dengan kesan BOKEH untuk penghasilan gambar potret yang sempurna.

3. AI Night

Pengalaman mengambil gambar pada waktu malam gambar pada waktu malam memang confirm akan rasa berbeza. Dengan pembukaan Aperture sebesar F/1.6 mampu untuk mengambil cahaya sekeliling dengan lebih baik sekaligus menjadikan gambar pada situasi kurang cahaya turut mampu memberikan hasil cukup hebat.

4. AI Motion

Tiada langsung masalah untuk Huawei Mate 10 mengambil gambar sebarang subjek yang bergerak pantas pada bila-bila masa sekalipun. Gambar yang terhasil serius epik! Kalau korang bela Kucing, ini memang fungsi berguna untuk mengabadikan kengangan terindah bersama si Comel.



5. AI Zoom



Biasanya bila kita gunakan fungsi zoom di phones, gambar yang terhasil tentulah kelihatan berkualiti sangat teruk. AI di Huawei Mate 10 akan membantu untuk menghasilkan gambar yang cantik kerana ianya mampu memperbaiki kualiti piksel biarpun di zoom.

Kesimpulan

Banyak lagi sebenarnya yang mampu dilakukan Huawei Mate 10 sehinggakan AI ini boleh tahu mana satu jari kita yang menyentuh butang kamera. Semua ini tak mungkin dapat dilakukan tanpa AI algorithms yang sangat unik dan akan memudahkan kita sebagai pengguna. Itu yang lain kami akan review lagi nanti.

Huawei Mate 10 telah diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada harga RM2,699 sahaja. Harga sederhana dengan features jauh lebih baik dari smartphones dengan harga dua kali ganda darinya. Untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan telefon pintar yang dilengkapi teknologi AI ni, korang boleh ke Huawei Concept Store dan kalau nak beli online, belilah di VMALL.

+ Baca apa kata pembaca Oh! Media tentang artikel ini di sini.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas