Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Umum Bantuan Penangguhan Babit Institusi Kewangan

Ohmedia bantuan 1png

Umum

Perdana Menteri Umum Bantuan Penangguhan Babit Institusi Kewangan

Bagi membantu meringankan beban rakyat yang berdepan dengan kekangan ekonomi akibat penularan wabak COVID-19, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pengenalan tiga langkah penangguhan yang membabitkan institusi kewangan dengan nilai sekurang-kurangnya RM100 bilion seperti yang dipetik dari Berita Harian.

Perdana Menteri menjelaskan tiga langkah berkenaan melibatkan penangguhan bayaran balik pinjaman, penyusunan baki kad kredit serta penstrukturan semula pinjaman perniagaan. Turut menambah, beliau menyedari keresahan rakyat terutamanya dari segi kewangan.

Justeru itu, Muhyiddin menjelaskan, mulai 1 April, bank tempatan akan menawarkan moratarium atau penangguhan balik selama enam bulan kepada peminjam individu dan juga kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mengurangkan beban rakyat ketika keadaan yang sukar kini.

IKLAN
Sumber gambar dari Berita Harian

Selain itu, pemegang kad kredit boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada berjangka dengan fleksibiliti penangguhan bayaran balik dari 1 April hingga 31 Disember 2020. Bagi sektor korporat, mereka boleh berunding dengan bank masing-masing untuk menyusun semula pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan perniagaan mereka.

Seperti yang dipetik dari Berita Harian, beliau juga sudah meminta Kementerian Kewangan dan BNM untuk memperincikan pengumuman tiga langkah penangguhan itu dengan lebih mendalam agar manfaatnya dapat difahami sepenuh oleh rakyat.

OHMEDIA: SEMOGA INISIATIF YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN KETIKA INI DAN AKAN DATANG DAPAT MERINGANKAN BEBAN KITA SEMUA TERUTAMA YANG PALING TERKESAN DENGAN PKP INI.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Perdana Menteri umum bantuan penangguhan bayaran balik di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas