Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Peruntuk RM160 Juta Tambahan Kepada KKM Dalam Usaha Tangani COVID-19

Ohmedia covid 12b252852529png

Umum

Perdana Menteri Peruntuk RM160 Juta Tambahan Kepada KKM Dalam Usaha Tangani COVID-19

Bilangan kes wabak di Malaysia telahpun meningkat kepada 900 orang setakat hari ini meskipun langkah mengurangkan pergerakan rakyat dilakukan melalui Perintah Kawalan Pergerakan sebagai usaha membendung penularan wabak COVID-19. Oleh yang demikian, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani gelombang kedua penularan wabak ini seperti yang dipetik dari Berita Harian.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, KKM tidak perlu lagi membeli peralatan melalui tender sebaliknya membeli secara terus dengan kadar segera agar keperluan hospital dan tempat dimana kes wabak berkenaan dirawat mencukupi dan digunakan dengan segera. Dipetik dari Berita Harian, kerajaan telah pun meluluskan lebih RM259 juta untuk menangani wabak berkenaan sebelum ini.
Sumber gambar dari Mashable SEA
Dalam pada masa yang sama, beliau juga turut menghargai sumbangan semua pihak di KKM kerana menjadi frontline dalam mengekang penularan wabak COVID-19. Turut menambah seperti yang dipetik dari Berita Harian, beliau percaya seluruh rakyat Malaysia juga terhutang budi terhadap usaha dan ikhtiar yang dilakukan oleh para doktor mahupun jururawat serta pegawai-pegawai perubatan dan warga sokongan di peringkat kementerian yang telah membantu menangani wabak COVID-19.
OHMEDIA: TERLALU TINGGI KOS YANG PERLU DITANGGUNG SEKIRANYA WABAK INI TIDAK DI TANGANI SEGERA. OLEH YANG DEMIKIAN, OHMEDIA HARAPKAN AGAR KORANG MEMATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN YANG TELAH DIKUATKUASAKAN BAGOI MEMBEDUNG PENULARAN WABAK INI.
Sumber: Berita Harian
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

IKLAN

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas