Connect with us

Perdana Menteri Bimbang Dengan Kluster Baru, Kes Positif Kembali Dua Angka

Oh! Tidak

Perdana Menteri Bimbang Dengan Kluster Baru, Kes Positif Kembali Dua Angka

Menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri petang tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru jer mengatakan rasa bimbang dengan adanya 13 kluster baru sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berlangsung walaupun kes baru kekal rendah dan kembali mencatatkan dua digit dalam beberapa hari lepas.

Antara 13 kluster baru yang dijangkiti wabak covid-19 ni ialah kluster restoran di Kuala Lumpur, kluster Stutong dan beberapa lagi kluster lain. Hari ini, menerusi Twitter Kementerian Kesihatan baru jer mengumumkan yang Malaysia mencatatkan 21 kes baru setakat pukul 12 tengah hari tadi guys.



Ia membabitkan 6 kes import dan 15 kes penularan dalam negara. Wabak ni masih belum berakhir guys, jadi jangan lupa untuk patuhi SOP yang telah ditetapkan sebelum ianya makin teruk. Kita belum menang lagi guys.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Perdana Menteri bimbang di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

To Top