Connect with us

Oh! Media

Peranti perniagaan terbaik di pasaran,milik Huawei Mate 8

Umum

Peranti perniagaan terbaik di pasaran,milik Huawei Mate 8

ADVERTISEMENT
Pada zaman kini, kita lihat kegunaan telefon pintar amat diperlukan untuk orang awam. Mereka menggunakannya untuk saling berhubung antara satu sama lain. Ahli keluarga dapat dihubung, rakan-rakan, kenalan pejabat dan sebagainya. 
Kita lihat juga kegunaan telefon pintar amat penting kepada golongan peniaga. Mereka harus sentiasa dapat dicapai setiap masa untuk tujuan perniagaan. Antara aspek terpenting untuk telefon pintar adalah kadar bateri yang haruslah dapat bertahan dengan lebih lama. Oleh itu, pelbagai syarikat pengeluar telefon pintar bersaing mengeluarkan telefon pitnar terbaru yang dapat memenuhi kehendak pengguna.

Telefon pintar utama terbaru Huawei iaitu Huawei Mate 8 adalah telefon pintar bersaiz 6.0 inci yang mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh. Jelas terbukti, telefon ini menawarkan jangka hayat bateri yang jauh lebih baik berbanding telefon syarikat pengeluar lain.
Dengan bantuan teknologi pengecasan bateri pantas yang unik, Huawei Mate 8 mampu digunakan selama satu hari hanya dengan pengecasan selama 30 minit. Hebat bukan?
Ujian telah dibuat terhadap beberapa produk telefon pintar lain, jelas Huawei Mate 8 telah mengatasi Google Nexus 6P, Samsung Galaxy S7 Edge, iPhone 6 Plus dan lain-lain. Antara kelebihan telefon Huawei Mate 8 ini adalah penawaran sehingga 13 jam jika pengguna melayar web melalui rangkaian 4G LTE. Kepada sesiapa yang jarang berada di rumah, bekerja di tempat yang terhad untuk mendapatkan elektrik, telefon ini amat sesuai untuk anda.

Dengan skrin paparan besaiz 6.0 inci, ianya pasti menawarkan kegunaan yang memberi impak kepada para pengguna (perniagaan) di mana keselasaan ke atas pengguna untuk melakukan tugas yang memerlukan paparan yang jelas seperti mengakses dokumen, pembacaan e-mel, melihat gambar produk di mana kepadatan skrin yang ditawarkan adalah 368ppi.
Selain itu, telefon pintar ini hadir dengan fungsi dwi-SIM yang semestinya berguna untuk para peniaga. Sebabnya, sekarang mereka tidak lagi perlu membawa telefon pintar lebih jika menggunakan nombor telefon lebih dari satu. Huawei Mate 8 menggunakan cip pemprosesan octa-core Hi Silicon Kirin 950 yang turut disertakan bersama cip GPU Mali-T880 yang menawarkan grafik yang maksima tanpa mengorbankan jangka hayat bateri.
Cip Kirin 950 ini juga hadir dengan ciri keselamatan yang dikenali sebagai “TrustZone” dan “Firewall” yang dapat membantu melindungi data pengguna di dalam peranti walaupun telefon anda hilang atau dicuri. Ini menambah lagi kenapa telefon ini sangat sesuai digunakan untuk perniagaan.

Sensor cap jari yang terletak di belah belakang telefon juga menambah ciri keselamatan di mana pengguna hanya meletakkan jari mereka sebelum telefon dapat digunakan. Generasi baru sensor cap jari  ini juga hadir dengan beberapa fungsi tambahan seperti mengunci aplikasi, menutup penggera, mengambil gambar dan untuk menjawab panggilan.
Secara keseluruhan, prestasi dan fungsi Huawei Mate 8 adalah sangat sesuai bagi golongan perniagaan dimana ianya hadir dengan reka bentuk yang mewah dan premium. Tapi, antara sebab kenapa ianya lebih sesuai adalah jangka hayat bateri yang mampu bertahan lebih lama.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas