Connect with us

Oh! Media

Shafie Ahmad, Penyanyi Lagu Selagi Ada Rindu Meninggal Dunia

Ohmedia pm 12b252812529png

Umum

Shafie Ahmad, Penyanyi Lagu Selagi Ada Rindu Meninggal Dunia

Pasti ramai yang mengetahui lagu ini kan. Lagu yang cukup popular pada era 90 an itu yang dinyanyikan oleh Shafie Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak long telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani pada petang semalam.

Menurut sumber, beliau dikatakan meninggal gara-gara mengalami masalah paru-paru berair. Pak long menghembuskan nafas terakhirnya pada 6.50 petang semalam selepas tiga hari beliau dimasukkan ke ICU.

Arwah bapa dirawat di HSAH sejak 8 Februari lalu, selepas dipindahkan dari Hospital Sik. Sebelum ini abah dirawat di Hospital Sik selama 25 hari iaitu sejak awal Januari lalu akibat demam panas. Doktor beritahu paru-paru abah berair selain turut mengesyaki abah menghidap kanser darah,-katanya

Selain lagu ‘Selagi Ada Rindu’, Pak long juga turut dikenali dengan lagu ‘Cinta Pantai Merdeka’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Tropika dan lagu ‘Al-Jannah’ nyanyian Mawi.

IKLAN

OHMEDIA: OHMEDIA UCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA ARWAH, SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca penyanyi selagi ada rindu meninggal dunia di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Rudy
Rudy, bekas penulis sepenuh masa di Oh! Media, berdedikasi dalam menyampaikan kandungan bermanfaat kepada rakyat Malaysia. Kini, beliau meneruskan kerjaya gemilangnya di Petronas.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas