Connect with us

Oh! Media

Penternakan Khinzir Secara Moden Akan Dilaksanakan di Perak

Oh! Negara

Penternakan Khinzir Secara Moden Akan Dilaksanakan di Perak

Dalam tempoh 2 tahun lagi, nampaknya negeri Perak bakal mempunyai sistem Penternakan Khinzir secara Moden (MPF) dan ia akan dilaksanakan sepenuhnya di tanah milik kerajaan yang berkeluasan 200 hektar.

Perkara ini diumumkan oleh, Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan dan menegaskan bahawa ini bukti keperihatinan kerajaan negeri untuk menukar semua ladang babi terbuka kepada MPF.

“Sebagai langkah mengatasi masalah berkaitan ternakan babi tersebut, kerajaan negeri menyasarkan kesemua 109 ladang ternakan babi di Perak termasuk yang didirikan di atas tanah kerajaan ditukarkan kepada ladang babi moder (MPF) menjelang Disember 2021,” KATANYA.

IKLAN

Untuk pengetahuan korang, sehingga ke hari ini, negeri Perak sahaja telah mencatatkan 109 ladang ternakan babi dan ia didirikan di tanah kerajaan tanpa memberi sebarang hasil kepada kerajaan.

Oleh itu, diharapkan sekiranya langkah ini diambil, ia dapat mengurangkan masalah-masalah kebersihan seperti pencemaran bau.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas