Connect with us

Oh! Media

Penjualan Vape Berperisa Dilarang Di Amerika Syarikat? Seriously?

Oh! Negara

Penjualan Vape Berperisa Dilarang Di Amerika Syarikat? Seriously?

Sumber: The Post

Akhirnya, Donald Trump telah membuat keputusan untuk melarang segalan penjualan produk rokok elektronik yang berperisa setelah peningkatan penggunaan di kalangan remaja semakin membimbangkan.

ADVERTISEMENT

Keputusan ini juga diambil selepas sebelum ini ada beberapa kes kematian remaja dan ia melibatkan kebanyakan remaja di Amerika Syarikat.

Trump berkata, sebagai ibu bapa, beliau dan wanita pertama, Melania Trump, bimbang susulan peningkatan kes penyakit paru-paru dalam kalangan remaja, yang sudah mengorbankan enam mangsa dan menyebabkan ratusan lagi jatuh sakit.

Kami berdua menyedari perkara ini. Ramai orang sudah mengetahui hal ini, dan sudah ada yang mati akibat vape, katanya.

Menurut kenyataan itu, walaupun perisa tembakau akan dikecualikan dalam larangan itu, kesemua pengeluar perlu mendapatkan kelulusan FDA menjelang Mei 2020, jika ingin terus menjual produk mereka.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Makan


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas