Connect with us

Oh! Media

‘Penjawat Awam Perlu Bebas Daripada Terikat Dengan Parti Pemerintah’ – Dr Mahathir

94928c83 8f09 422a a7ea 00a6c26af469png

Oh! Negara

‘Penjawat Awam Perlu Bebas Daripada Terikat Dengan Parti Pemerintah’ – Dr Mahathir

Penjawat awam di negara ini perlu bebas daripada terikat dengan parti pemerintah dan menjalankan tugas mereka dengan berkecuali, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, beliau berkata penjawat awam perlu memahami bahawa mereka perlu akur terhadap tindakan dan dasar dibuat oleh kerajaan yang dipimpin oleh parti pemerintah bagi memastikan pentadbiran negara diteruskan dengan baik.

“Selepas pilihan raya (umum) lepas terdapat pertukaran (kerajaan) pusat dan negeri, ini dirasakan ganjil untuk beri khidmat kepada mereka dahulu terdiri daripada parti lawan ditentang oleh kerajaan kita. Kadang-kadang agak sukar untuk menukar kesetiaan kita daripada kerajaan dahulu kepada yang baharu.

IKLAN
“Oleh kerana kita terima sistem demokrasi dan sistem demokrasi kadang-kadang tukar kerajaan melalui pilihan raya maka kita perlu ingat bahawa anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat perlu membebaskan diri daripada parti yang memerintah,” tambahnya lagi.

Sumber : Bernama

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas