Connect with us

Oh! Media

Pemandu Mabuk Bakal Dipenjara Maksimum 20 Tahun & Denda Maksimum RM150,000

Ohmedia pemandu mabuk2jpg

Oh! Negara

Pemandu Mabuk Bakal Dipenjara Maksimum 20 Tahun & Denda Maksimum RM150,000

Kalau korang ikut sesi Sidang Dewan Rakyat yang bersambung hari ini, isu berkaitan pemandu mabuk antara topik utama yang dibahaskan dan nampaknya satu jalan penyelesaian telah diperolehi.

Ini berkaitan dengan Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk bakal menyaksikan peningkatan 5 tahun hukuman penjara daripada 15 tahun kepada 20 tahun dan denda maksimum paling ketara dinaikkan dari RM6,000 kepada RM150,000.

Ini dibentangkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang merangkumi pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut dan pemandu mabuk mengakibatkan kemalangan sahaja akan dibezakan.

IKLAN

Kalau sudah ambil alkohol, jangan memandu. Kita bukan ambil hak orang lain minum minuman keras, tetapi kita tidak mahu mereka mendatangkan kemudaratan kepada rakyat jelata. – Katanya.

Hukuman ini dinyatakan selepas ditanya oleh Shahidan yang ingin melihat apa bentuk hukuman yang akan diberikan agar rakyat dapat menilai dan faham apa yang kerajaan akan lakukan.

Kabinet juga sebelum ini telah setuju meluluskan bidang penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menhaan pemandu mabuk agar ia tidak terikat kepada anggota polis semata-mata.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan pemandu mabuk di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas