Connect with us

Oh! Media

Peniaga Sayur Maut Digilis Treler

10888062 730841700357400 1868730206 njpg

Umum

Peniaga Sayur Maut Digilis Treler

Seorang peniaga sayur yang berusia 59 tahun maut dalam keadaan mengerikan apabila dia digilis oleh sebuah treler daripada arah belakang di Kilometer 29, Jalan Kuala Lumpur – Ipoh.

Mangsa Tan Teng Ka, yang menunggang motorsikal dalam perjalanan menuju ke pekan Rawang untuk menjual sayur telah dirempuh treler pada kejadian jam 8.40 pagi.

IKLAN

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah diseret sejauh kira-kira 30 meter sebelum meningga dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah pada seluruh anggota badan.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Pihak kami juga sudah mengambil ketereangan daripada pemandu treler untuk membantu siasatan.”- katanya lagi.

Walaubagaimanapun, pemandu treler yang berusia 34 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber : hmetro.com.my

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas