Connect with us

Oh! Media

Peniaga “Kantoi” Dengan Pegawai KPDNHEP, Jual Penutup Hidung Dan Mulut Melebihi Harga Maksimum

ohmedia mask 1jpg

Umum

Peniaga “Kantoi” Dengan Pegawai KPDNHEP, Jual Penutup Hidung Dan Mulut Melebihi Harga Maksimum

Bertindak dari maklumat orang ramai serta laporan aduan yang diterima bahawa terdapat peniaga yang telah menyalahi undang-undang dengan menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga maksimum yang dibenarkan, pihak KPDNHEP telah melakukan proses “uji beli” pada peniaga berkenaan.

Hasil dari proses berkenaan, peniaga berkenaan didapati menjual penutup hidung dan mulut pada harga RM2.00 seunit berbanding dengan harga maksimum yang telah ditetapkan oleh kementerian, RM1.50 seunit bagi penutup hidung dan mulut tiga lapisan. Ini menyebabkan peniaga berkenaan dikenakan tindakan oleh pihak KPDNHEP Perlis.

Sumber gambar dari Berita Harian

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perlis Mohamad Amir Abdullah berkata, kes ini akan dibawa ke mahkamah dan peniaga berkenaan akan dituduh mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011, dimana jika disabitkan kesalahan, peniaga berkenaan akan didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

IKLAN

OHMEDIA: NAK KAYA CEPAT PUNYA PASAL LAH TU, MARK UP SAMPAI HARGA RM2.00 SEUNIT. TAK PASAL-PASAL DAH KANTOI DENGAN KPDNHEP. SILAP HARI BULAN, LESEN BERNIAGA PUN KENA TARIK, BARU PADAN DENGAN MUKA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca peniaga kantoi jual penutup hidung dan mulut melebih harga maksimum di Facebook Oh! Media



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas