Connect with us

Pengorbanan Paling Besar Dilakukan Rakyat Pada Masa Kini

Oh! Politik

Pengorbanan Paling Besar Dilakukan Rakyat Pada Masa Kini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata, pada masa kini dan hadapan, rakyat perlu berkorban kerana kerajaan tidak lagi dapat memberi bantuan seperti yang dilakukan kerjaan terdahulu.

Ini kerana kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberikan terlalu banyak bantuan tanpa melihat keupayaan wang negara dan semata-mata hanya mendapat sokongan dan undi rakyat untuk mereka terus berkuasa.

“Kerajaan dulu suka bagi duit pada orang, kita kata kita tiada duit, duit yang mereka bagi itu duit curi.

“BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang dia bagi itu duit curi, nelayan pun dapat gaji, semua orang dapat, semata-mata nak beli sokongan,” katanya.

Katanya, rakyat perlu menerima hakikat bahawa kerajaan tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk memberi pelbagai bentuk bantuan seperti dulu.

“Pada saya, itulah pengorbanan paling besar dilakukan rakyat pada masa kini,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

Trending

To Top