Connect with us

Oh! Media

Oh! Negara

Pengkhianat Negara Jual MyKad Kepada Warga Asing Dihukum Gantung?

Isu penjualan MyKad kepada warga asing nampaknya telah berlaku sekian lama tanpa pengetahuan siapa-siapa dan dilakukan dengan amat tidak bertanggungjawab oleh beberapa pihak. Jadi, hari ini, Ohmedia tertarik dengan cadangan dari Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi yang telah meminta agar kerajaan mengenakan tindakan hukuman gantung mandatori kepada pesalah rasuah dengan menjual MyKad dan pasport ini.

Dengan hukuman ini sahaja ia dapat dilihat dapat memberikan pengajaran. Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku sebenarnya? Satu jer, ini semua kerana habuan wang ringgit yang lumayan dapat diterima, sedangkan mereka tidak perasan yang mereka telah mencabut kedaulatan negara.

IKLAN

Di negara seperti China dan Vietnam hukuman mati dilaksanakan ke atas pesalah dan pelindung jenayah rasuah kerana mereka mengkhianati bangsa dan negara. Kredibiliti JPN untuk mengeluarkan MyKad dipertikaikan, mungkin organisasi itu wajar diletak dibawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia. Jabatan Imigresen juga diminta memperketatkan peraturan mengeluarkan pasport manakala PDRM perlu meningkatkan pemantauan bagi mengesan pemilik MyKad sindiket, kata Datuk Norashikin Abdul Ghani.

Jadi diharapkan perkara seperti ini tidak berulang dan jika masih ada individu yang masih melakukan perkara seperti ini, diminta berhenti.

Sumber: MalaysiaGazette

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Makan


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas