Connect with us

Oh! Media

Pengguna WhatsApp Hanya Boleh Hantar Kepada 5 Penerima Elak Berita Palsu

a9f0ba5ccc07423090c3075eb0a72996 18jpg

Umum

Pengguna WhatsApp Hanya Boleh Hantar Kepada 5 Penerima Elak Berita Palsu

Pengguna aplikasi WhatsApp di seluruh dunia cuma boleh memanjangkan mesej kepada lima penerima pada satu-satu masa, dalam syarikat itu memerangi ‘salah maklumat dan khabar angin’, kata eksekutif.

“Kami mengehadkan lima mesej sahaja di seluruh dunia bermula hari ini,” kata Naib Presiden dasar dan komunikasi WhatsApp, Victori Grand, dalam satu majlis di Jakarta.

Sebelum ini, pengguna aplikasi itu boleh memanjangkan mesej kepada 20 individu atau kumpulan.

IKLAN

WhatsApp, yang mempunyai 1.5 bilion pengguna, cuba mencari jalan menghentikan salah guna aplikasi itu, susulan kebimbangan global bahawa ia digunakan untuk menyebarkan berita palsu, memanipulasi gambar, video tanpa konteks, dan audio palsu, dengan tiada cara memantau asal berita.

WhatsApp akan melancarkan kemas kini untuk mengaktifkan had pemanjangan mesej baru, bermula hari ini, kata ketua komunikasinya, Carl Wong.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas