Connect with us

Oh! Media

Pengetua Madrasah Rogol Pelajar, Dakwa Beliau Di Rasuk!

Umum

Pengetua Madrasah Rogol Pelajar, Dakwa Beliau Di Rasuk!

Seorag pengetua madrasah yang sepatut tugasnya mendidik pelajarnya, tetapi memperkosa beberapa orang pelajarnya sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai di Dhaka. Kejadian jijik itu berlaku di sebuah madrasah yang terletak di pinggir bandar Dhaka yang dimiliki pengetua itu sendiri.  Bagaimanapun lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah atas perbuatannya dan mendakwa kejadian berlaku semasa dia dirasuk syaitan.

ADVERTISEMENT

Hal ini terbongkar akibat aduan daripada seorang ibu tentang dakwaan anaknya yang berusia 10 tahun. Sewaktu di rumah, wanita itu dan anaknya sedang menonton sebuah program mengenai isu serangan seksual di televisyen. Apabila anaknya memberitahu dirinya juga diperlakukan hal yang sama oleh suspek, wanita itu terkejut dan berang.

Lelaki berkenaan kemudiannya mengaku perbuatannya dan memaksa pelajarnya yang masih bawah umur melakukan hubungan intim bersama.
“Kami mendapati bahawa suspek memperkosa dan mencabul sekitar 12 orang pelajar perempuan di madrasah itu,” tambah Uddin.

Sumber: Awani

+Baca respon pembaca di Oh! Media.


Facebook Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas