Connect with us

Oh! Media

Pengeluaran KWSP Kekal Pada Had Umur 55 Tahun

Umum

Pengeluaran KWSP Kekal Pada Had Umur 55 Tahun

Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak jadi dilanjutkan dan telah dikekalkan pada had umur 55 tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

ADVERTISEMENT

Beliau berkata, sebarang perubahan hanya terpakai kepada caruman baharu sekiranya pencarum memutuskan untuk bekerja melepasi usia 55 tahun.

“Ini memberi keseimbangan antara harapan rakyat terhadap hasil titik peluh mereka pada umur 55 tahun sambil memberi perlindungan kepada mereka sekiranya bersara pada usia 60 tahun,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Invest Malaysia 2015 di sini hari ini. 

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan lebih 50,000 pencarum yang menyertai proses rundingan dalam talian sepanjang tempoh dua hari.
Ia adalah perundingan awam terbesar yang pernah dijalankan. Kaji selidik itu bermula Selasa lalu dan akan berakhir pada 5 Mei 2015.

“Kerajaan sentiasa mendengar pandangan daripada rakyat. Adalah jelas majoriti ahli KWSP walaupun memahami kepentingan simpanan persaraan pada umur 60 tahun, mahu mereka diberikan hak untuk menggunakan dana persaraan pada umur 55 tahun,” katanya. 

Baru-baru ini, KWSP dilaporkan sedia menimbangkan untuk meminda had umur yang dibenarkan bagi pencarum mengeluarkan caruman mereka daripada 55 tahun sekarang kepada usia persaraan 60 tahun, yang mendapat kritikan pelbagai pihak.

Sumber: Berita Harian

Hitler Mengamuk Lagi Pasal iPhone 6

Hitler Mengamuk Lagi

Haha! Tak pasal-pasal Hitler mengamuk sebab dah terbeli iPhone 6.

Posted by Oh! Media on Monday, April 20, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas