Connect with us

Oh! Media

Pengasas WikiLeaks Berdepan 18 Pertuduhan Di Amerika

171114 ackerman wikileaks tease c6gaiqjpg

Oh! Negara

Pengasas WikiLeaks Berdepan 18 Pertuduhan Di Amerika

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mendakwa Julian Assange dengan pertuduhan melanggar Akta Pengintipan dengan menyiarkan fail diplomatik dan tentera pada tahun 2010, menolak dakwaan beliau adalah seorang wartawan.
Jabatan berkenaan mendedahkan 17 dakwaan baru terhadap Assange,antaranya menuduh beliau mengarahkan dan membantu penganalisis perisikan, Chelsea Manning, dalam mencuri fail sulit, dan secara cuai mendedahkan sumber sulit di Asia Barat dan China, yang nama mereka berada dalam fail berkenaan.
Tuduhan baru mendakwa Assange bersubahat dengan Manning untuk mencuri ratusan ribu fail sulit ‘dengan alasan percaya maklumat itu mahu digunakan untuk menjejaskan AS atau memberi faedah kepada negara asing,” dakwa Jabatan Kehakiman.
Assange juga menolak amaran Jabatan Negara pada 2010 supaya menyunting nama sumber sulit tentera AS di Afghanistan, Syria, Iraq, Iran dan China, termasuk wartawan, pemimpin agama, aktivis hak asasi dan pembangkang politik.
Tindakan Assange memberi risiko serius kepada keselamatan AS demi kebaikan musuh dan meletakkan nama sumber manusia yang tidak disunting dalam bahaya besar dan berhadapan ancaman fizikal dan atau penahanan sewenang-wenangnya.
Julian Assange merupakan seorang rakyat asal Australia, Assange, 47, kini ditahan di penjara Britain kerana melarikan diri daripada jaminan, dan berhadapan permohonan ekstradisi dari AS apabila dibebaskan 11 bulan dari sekarang.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

IKLAN

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas