Connect with us

Oh! Media

Pengasas & Pengerusi Sunway Group Dikurnia Darjah Kehormat Tertinggi UK

Tan Sri Dato’s Seri (Dr) Jeffrey Cheah dikurniakan ‘Knight Commander of the Most Excellent Order of the British Empire’ (KBE)

Umum

Pengasas & Pengerusi Sunway Group Dikurnia Darjah Kehormat Tertinggi UK

Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Jeffrey Cheah dikurniakan ‘Knight Commander of the Most  Excellent Order of the British Empire’ (KBE) oleh His Majesty King Charles III di atas perkhidmatannya dalam pendidikan tinggi, perkhidmatan kesihatan dan kedermawanan.

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan, kesatria kehormat, yang membawa huruf pasca nominal KBE, adalah penghormatan yang sangat berprestij dan jarang berlaku untuk warga negara bukan Komanwel. 

Penghormatan yang dikurniakan ini adalah yang kedua di Malaysia baru-baru ini dan yang pertama dikurniakan oleh His Majesty King Charles III kepada warganegara Malaysia.

Kurniaan ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh Cheah dalam menjalin hubungan peringkat tinggi bersama beberapa institusi UK, serta menyumbang secara besar-besaran ke arah hubungan dua hala UK dan Malaysia. 

Bukan sekadar usahawan dan dermawan terkemuka di Malaysia, Cheah juga merupakan pengasas dan pemegang amanah Yayasan Jeffrey Cheah yang memiliki dan mentadbir semua entiti dalam Sunway Education Group di bawah struktur bukan untuk keuntungan. 

Sehingga kini, yayasan itu telah mengeluarkan lebih RM670 juta biasiswa untuk menyediakan sokongan pendidikan kepada pelajar yang layak dan mewakafkan banyak kerusi dan jawatan profesor di beberapa universiti terkenal dunia.

Ini termasuk Universiti Cambridge dan Universiti Oxford di U.K. untuk memudahkan pemindahan pengetahuan dan membawa pakar bertaraf dunia ke Malaysia.

Menerusi bidang perniagaan dan kedermawanan, dorongan Cheah berterusan untuk belajar dan bekerja daripada yang terbaik membawa kepada perkongsian peringkat tinggi seperti Sunway, Yayasan Jeffrey Cheah dan institusi terkenal di United Kingdom. 

Antaranya seperti University of Cambridge, University of Oxford, Lancaster University, the Royal College of Physicians,  the Chevening Award – program biasiswa utama Kerajaan UK, Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan the Institute of Chartered  Accountants in England and Wales (ICAEW).

Dalam perkhidmatan kesihatan, perkongsian bersama University of Cambridge menyaksikan flagship Kumpulan Sunway Medical Centre di Sunway City Kuala Lumpur dilantik sebagai Regional Site Partner of Cambridge University Clinical Research Centre, serta penamaan Cheah Biomedical Centre di Cambridge University Biomedical Campus, kelompok bioteknologi terbesar di luar Amerika Syarikat.

Selain memainkan peranan penting dalam tindak balas U.K. terhadap COVID-19, Jeffrey Cheah Biomedical Centre telah menempatkan lebih 300 saintis untuk menjalankan penyelidikan canggih bagi menangani cabaran kesihatan awam terkini yang baru muncul.

Dalam sektor pendidikan pula, gabungan antara Sunway University dan Lancaster University sejak 2006 telah menghasilkan salah satu perkongsian pendidikan tinggi transnasional yang paling berjaya di dunia dan dikurnia anugerah “UK-Malaysia Education Institutional Partnership” di British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC) Business  Excellence Awards 2022.

Hubungan rapat Sunway TES Centre of Accountancy Excellence yang terjalin dengan ACCA dan ICAEW selama hampir 30 tahun kini melahirkan beberapa bakat terbaik dalam bidang perbankan, kewangan dan perakaunan. 

Sepanjang tahun, graduan dari Sunway TES secara konsisten telah menduduki tempat pertama untuk peperiksaan global ACCA dan ICAEW.

Baru-baru ini, Cheah mengetuai Kumpulan Sunway, melalui Sunway Innovation Lab, untuk mewujudkan perkongsian dengan firma kapitalis teroka Deeptech Labs yang berpangkalan di Cambridge, membolehkan mereka mempercepatkan pertumbuhan teknologi sifar bersih dan membuka jalan baru untuk syarikat permulaan UK di rantau Asia Pasifik .

Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Jeffrey Cheah, KBE AO FASc, berkata: “Saya amat terharu dengan anugerah Knight Commander of the Most Excellent Order of the British Empire yang dikurniakan oleh His Majesty King Charles III.”

Katanya lagi, “Kurniaan penghormatan ini amat dialu-alukan sebagai pengiktirafan perkhidmatan kepada Pendidikan Tinggi, Perkhidmatan Kesihatan dan Kedermawanan – terutama sektor di mana Sunway Group dan Yayasan Jeffrey Cheah membuat perubahan di dunia. 

“Saya menganggap penghormatan ini bukan hanya peribadi tetapi sebagai pengiktirafan untuk usaha semua orang yang bergabung dengan Sunway Group dan Yayasan Jeffrey Cheah dalam memberi impak positif kepada masyarakat dan negara tercinta.”

H.E. Ailsa Terry, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, mengucapkan tahniah kepada Cheah, “Ia adalah satu penghormatan bagi saya untuk memaklumkan secara peribadi Tan Sri Jeffrey Cheah mengenai anugerah kehormatnya. Beliau adalah seorang usahawan luar biasa yang telah membina dan mengetuai Sunway Group ke sebuah konglomerat yang berjaya dengan pelaburan di UK.” 

Katanya lagi, “Tidak kurang hebatnya bagaimana beliau terus melabur dalam generasi akan datang melalui pendidikan, penjagaan kesihatan dan kedermawanan di Malaysia dan UK. Semua ini telah memberi sumbangan besar kepada hubungan dua hala.”

Pesuruhjaya Tinggi akan menyampaikan anugerah kehormat kepada Cheah bagi pihak His Majesty King Charles III di kemudian hari.

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas