Connect with us

Oh! Media

Usahawan Muda Bergelar Jutawan Dikecam Teruk Natizen Kerana Video Pegang Anjing

Branded

Usahawan Muda Bergelar Jutawan Dikecam Teruk Natizen Kerana Video Pegang Anjing

Kecoh di media sosial apabila usahawan muda yang viral baru-baru ini kerana telah memberi inspirasi kepada ramai anak muda dikecam natizen kerana memuat-naik satu video kontroversi di Instagram. Video tersebut menunjukkan wanita tersebut memegang seekor Anjing liar bernama”Jasmine” yang selalu datang ke premis perniagaannya.

Usahawan muda bergelar jutawan, Noorain yang juga pengasas produk Norah Hair Removal baru-baru ini viral di seluruh Malaysia apabila kisahnya yang mula berniaga dengan hanya bermodalkan RM124 berjaya menghasilkan keuntungan sehingga RM1.2 juta dan dianggap kisah yang amat luar biasa kepada ramai para peniaga muda di luar sana.

Video berdurasi 45 saat itu menyaksikan Noorain memberikan ubat kepada Anjing liar tersebut tanpa menggunakan sarung tangan sekaligus mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai dan boleh dikatakan tindakan tersebut mengundang perdebatan yang tidak akan habis (mengundang fitnah).

Video tersebut:

A video posted by Norah Wax (Headquarters) (@organichairremoval) on



Video ini sekaligus telah mencetuskan perbalahan dan perbezaan pendapat dikalangan natizen yang tidak putus memberikan komen di Instagram tersebut dengan pandangan masing-masing.


Buat masa ini, pihak Norah Beauty atau Noorain sendiri tidak memberikan sebarang respon kepada isu ini mahupun video tersebut.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas