Connect with us

Oh! Media

Pengarah Filem Sonic The Hedgehog Tarik Semula Rekaan Sonic Selepas Dikecam Teruk

Umum

Pengarah Filem Sonic The Hedgehog Tarik Semula Rekaan Sonic Selepas Dikecam Teruk

Pengarah filem Sonic The Hedgehog kini membuat keputusan untuk mengubah semula rekaan karakter Sonic setelah mendapat kecaman yang hebat daripada peminat setiap watak ini. Kecaman ini berikutan trailer pertama yang dikeluarkan Paramount Pictures menunjukkan karakter Sonic yang amat berbeza dari apa yang dikenali peminat.

ADVERTISEMENT

“Terima kasih untuk sokongannya. Dan kritikannya. Mesejnya terang dan jelas. Kamu tidak suka dengan rekaannya dan kamu mahukan perubahan. Ia akan dilakukan. Semua di Paramount dan Sega berkomited penuh untuk menjadikan karakter ini yang terbaik.”


Sebelum ini, telah ada juga beberapa peminat mengubah sendiri mengikut citarasa mereka yang dilihat sepatutnya dihasilkan sebegitu dan yang paling mendapat perhatian adalah hasil daripada Edward Pun.

Jadi marilah kita sama-sama nantikan trailer seterusnya dan melihat bagaimana agaknya hasil akhir daripada Paramount Pictures selepas diubah.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas