Connect with us

Oh! Media

Pengarah Aquaman, James Wan Telah Bertunang!

saya2bbencvi2balifff2baziz 2b252882529png

Umum

Pengarah Aquaman, James Wan Telah Bertunang!

Pengarah filem Hollywood kelahiran Kuching, Sarawak, James Wan telah mengumumkan pertunangannya melalui Instagram dan Facebook miliknya hari ini.
“Saya telah bertunang dengan gadis yang menakjubkan serta cantik ini!” katanya ringkas.
Pengarah yang berjaya mencipta fenomena menerusi filem terbaru arahannya Aquaman, yang mencatatkan kutipan Box Office baru-baru ini, memilih Ingrid Bisu sebagai teman hidup. Mereka telah bertunang kira-kira lima bulan lalu. Tetapi, menurut laman Instagram Ingrid, dia terpaksa merahsiakan berita gembira tersebut sebelum ini.
“Akhirnya hari ini, secara rasmi saya mengumumkan bahawa kami telah bertunang,” katanya .
Ingrid merupakan gadis kacukan Jerman – Romania yang mampu bertutur dalam empat bahasa termasuk Inggeris, Perancis, Jerman dan Latin.

Sumber : Awani

IKLAN

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Youtube Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas