Connect with us

Oh! Media

Penganjur Bawa Penyokong Najib Dianggap Pecah Amanah Yang Diberikan Polis

ohmedia polis siasat penyokong najibpng

Oh! Negara

Penganjur Bawa Penyokong Najib Dianggap Pecah Amanah Yang Diberikan Polis

Semalam kecoh di media sosial tentang penyokong Datuk Seri Najib Razak yang dilihat berhimpun tanpa mengamalkan norma baharu yang selama ini kita jaga. Ohmedia juga ada berkongsi artikel yang menunjukkan suasana di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sesak dan ada juga yang tidak memakai mask.

Bagaimanapun, hari ini pihak polis telah memaklumkan bahawa mereka akan memanggil penganjur yang bertanggungjawab membawa penyokong Najib atau Bossku ini kerana ingkat arahan SOP. Lagi-lagi perkara ini berlaku diwaktu negara masih berperang dengan wabak bahaya ini dan masih di dalam PKPP.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor pihaknya sudah bertemu dengan individu yang bertanggungjawab membawa rombongan berkenaan seminggu sebelum kejadian bagi memberi maklumat tentang SOP yang perlu dilakukan.

IKLAN

Ini macam pecah amanah, dia sudah janji. Kita akan panggil individu itu dari semasa ke semasa. Sebelum ini kita benarkan mereka datang, tapi jagalah SOP. Kita sudah bagi nasihat supaya jaga jarak semasa di lapangan dengan amaran. Namun begitu arahan itu tidak diendahkan dan satu laporan polis telah kita terima daripada orang awam. – Katanya.

Inilah yang berlaku apabila kita terlalu taksub dengan politik sehingga kita lupa tanggungjawab kita yang sebanar. Penyokong Najib semalam dianggarkan dihadiri lebih 900 orang dan kita perlu berjaga-jaga.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan sikap manusia begini di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas