Connect with us

Oh! Media

Pendakwah Abu Hassan Din Meninggal Dunia Subuh Tadi

image2b2528992529jpg

Umum

Pendakwah Abu Hassan Din Meninggal Dunia Subuh Tadi

Hilang lagi seorang pendakwah terkenal iaitu Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz yang telah menghembuskan nafas terakhirnya waktu subuh tadi.

Allyarham dilaporkan meninggal dunia pada 7.30 pagi yang kini berusia 73 tahun. Mohamad Yusri Abu Hassan anak kepada Hassan Din berkata ayahnya terjatuh ketika bangun untuk menunaikan solat subuh.


IKLAN

“Subuh tadi, beliau bangun untuk menunaikan solat subuh. Ketika ingin memakai seluar, beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Pasukan perubatan yang datang dengan ambulans, cuba melakukan bantuan penafasan kecemasan (CPR) bermula dari rumah hingga dalam perjalanan ke hospital.

“Selepas hampir satu jam melakukan CPR, ayah saya tidak memberikan sebarang maklum balas dan kira-kira jam 7.30 pagi, doktor mengesahkan beliau meninggal dunia,” katanya dalam pesanan suara melalui aplikasi WhatsApp.

Urusan pengebumian akan dilakukan di tanah perkuburan terdekat sekitar Masjid Saidina Hamzah sebelum Zohor.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas