Connect with us

Oh! Media

Pendakwa Berjaya Tunjuk Bukti Semua 7 Pertuduhan Ke Atas Najib Razak? Nantikan Hujah Pihak Pembelaan

Oh! Negara

Pendakwa Berjaya Tunjuk Bukti Semua 7 Pertuduhan Ke Atas Najib Razak? Nantikan Hujah Pihak Pembelaan

Nampaknya kes melibatkan Datuk Seri Najib masih belum selesai dan perkembangan terbaru adalah apabila Mahkamah Tinggi diminta untuk mensabitkan bekas Perdana Menteri ini setelah pihak pendakwaan berjawa bentangkan bukti untuk semua tujuh pertuduhan babitkan kes dana SRC International Sdn Bhd.

ADVERTISEMENT

Saya dengan rendah hati mengemukakan bahawa tujuh pertuduhan tersebut telah terbukti. Yang Arif, saya sudah selesai dengan penghujahan dan esok pihak pembelaan akan membantah penghujahan pendakwaan. – Kata Timbalan Pendakwa Raya ad hoc, Datuk V Sithambaram.

Tiga pertuduhan datang dari kes pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan lagi datang dari pengubahan wang haram dan baki satu pertuduhan melibatkan menyalahkan kedudukan yang dihadapi oleh Najib.

Pihak pendakwa mengatakan Najib mempunyai pengetahuan mutlak bahawa wang RM42 juta dalam tiga akaun peribadinya adalah daripada SRC dan SRC juga merekodkan kerugian dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak RM42 juta.

Najib juga dikatakan dapat mempengaruhi pengeluaran pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) bernilai RM2 bilion secara keseluruhan.

Najib, sebagai pemegang akaun bank perlu berhati-hati dan waspada mengenai dana yang masuk ke akaun bank peribadinya yang akhirnya dibelanjakan sepenuhnya. Tertuduh tidak boleh mengarahkan orang lain untuk memastikan dana diisi semula dalam akaun banknya agar dia dapat membelanjakan tanpa kisah mengenai sumber dana tersebut. Oleh kerana tertuduh telah menghabiskan wang yang didermakan dan memulangkan sebahagian yang kemudian diterima dalam akaun banknya, bagaimana dia boleh mengeluarkan lebih banyak cek tanpa curiga akan dana di dalam akaunnya. Orang yang waras akan mempersoalkan jumlah (wang) yang sangat besar. – Kata pendakwa.

Banyak hujah yang telah dibentangkan oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan perkara ini. Bagaimanapun kita masih menantikan perbentangan balas dari pihak pembelaan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes pertuduhan Najib di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas