Connect with us

Oh! Media

Pemuda UMNO Mendesak Agar Moorthy Dan Empat Menteri Lain Didakwa Atas Tindakan Mereka

Umum

Pemuda UMNO Mendesak Agar Moorthy Dan Empat Menteri Lain Didakwa Atas Tindakan Mereka

Pemuda Umno mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas segera mengambil tindakan tegas terhadap empat menteri dan seorang Exco Kerajaan Selangor dengan mendakwa mereka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

ADVERTISEMENT

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendakwaan itu perlu dibuat segera kerana mereka dipercayai mengeluarkan kenyataan dengan niat mengaibkan dan membangkitkan perpecahan keamanan berikutan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya hujung bulan lalu.

Menurutnya, mereka ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor V. Ganabatirau dan empat orang menteri, Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy; Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Menteri Komunikasi dan Maultimedia, Gobind Singh Deo dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jaykumar.

“Tindakan tegas itu perlu diambil kerana kenyataan yang dibuat oleh lima pemimpin kerajaan itu telah membangkitkan kemarahan 10,000 masyarakat India sehingga keluar merusuh pada hari ke dua insiden rusuhan, mengakibatkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim parah dan meninggal dunia malam tadi.

“Walaupun pada hari pertama rusuhan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen telah menjelaskan bahawa rusuhan berkenaan tiada kaitan agama mahupun kaum. Sebaliknya pertelingkahan antara kumpulan samseng yang diupah pemaju dengan penganut Hindu kuil berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Pemuda Umno mahu siasatan dan pendakwaan dilakukan secara telus, adil dan tidak pilih kasih. Keadilan mesti dilihat ditegakkan lantaran melibatkan nyawa seorang penjawat awam yang tidak berdosa. “Not only must justice be done, it must also be seen to be done”,” katanya.

“Selaku anggota pentadbiran kerajaan, mereka seharusnya mengelak dari menggunakan sentimen perkauman dalam mengeluarkan kenyataan.

“Sehubungan dengan ini juga, Pemuda Umno meminta orang ramai agar sentiasa bertenang dan mengelakkan daripada mencetuskan apa jua bentuk sentimen perkauman mahupun agama daripada tragedi ini yang boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya lagi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas