Connect with us

Oh! Media

Pemuda UMNO Ditegur Kerana Terlalu Lantang di Media Sosial

nt100516er055jpgtransformedjpg

Oh! Negara

Pemuda UMNO Ditegur Kerana Terlalu Lantang di Media Sosial

Akhirnya, ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ditegur oleh vateran UMNO atas sikap yang gemar menggunakan media sosial untuk menyuarakan pandangan terhadap kepimpinan parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub turut mengingatkan kepimpinan pemuda Umno bahawa kelantangan bersuara di media sosial bukan cara untuk menjadikan pergerakan itu hebat serta digeruni.

“Ya, benar sejarah menunjukkan ketika pemuda Umno dipimpin Datuk Harun Idris dan Tan Sri Syed Jaafar Albar begitu agresif serta lantang bersuara sehingga dianggap menjadi pembangkang kepada parti sendiri.

IKLAN

“Namun, sebarang percanggahan pendapat, mereka (Harun dan Syed Jaafar) bawa bincang dalam forum tertutup atau pun mesyuarat parti. Mereka bukan menyerang parti secara terbuka.

“Mungkin Ketua Pemuda (Asyraf Wajdi) fikir ini cara untuk kembalikan taring Umno, tetapi beliau silap. Jika ingin tonjolkan kehebatan Pemuda, banyak cara lain boleh dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa Umno menyekat kebebasan bersuara dalam kalangan pemimpinnya adalah mengarut kerana parti ini mengamalkan keterbukaan sejak dahulu lagi.

“Cuma dalam isu Ketua Pemuda ini, beliau sepatutnya tidak memanggil media (sidang akhbar) untuk menyatakan pendirian Pemuda terhadap Presiden parti.

“Sepatutnya, sebarang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Pemuda, Ketua Pemudanya kena bawa ke dalam mesyuarat MKT (Majlis Kerja Tertinggi), bukannya memanggil media,” katanya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas