Connect with us

Oh! Media

Pemilik Perodua Kancil Seret Kucing Atas Jalan Beri Penjelasan

Umum

Pemilik Perodua Kancil Seret Kucing Atas Jalan Beri Penjelasan

ADVERTISEMENT

Betul kata orang, dari satu gambar memang akan memberikan seribu makna. Itulah yang berlaku dengan sekeping gambar yang tersebar di internet semalam yang membangkitkan kemarahan ramai orang terutamanya pencinta haiwan di negara ini. Dua keping gambar tersebut menunjukkan seekor kucing sedang diseret di atas jalanraya oleh pemilik sebuah kereta kancil dengan nombor pendaftaran DAF 1584.

Jika anda melihat gambar seperti di atas, apa yang bermain di fikiran? Tentunya anda berasa marah apabila melihat haiwan seperti Kucing diperlakukan sebegitu bukan. Tapi apa sebenarnya yang berlaku?

Pemilik kereta Kancil DAF 1584 bernama Ahmad Dasuki dari Pasir Puteh ini tampil untuk membersihkan namanya. Dia memberitahu lelaki yang dilihat sedang memandu dan memegang kucing itu adalah seorang pomen dan kereta Kancil merah itu adalah miliknya.

Ahmad Dasuki mendakwa Kucing yang kelihatan diseret dalam gambar tersebut adalah bangkai seekor kucing yang telah membusuk hingga terpaksa dipegang menggunakan plastik. Dengan keadaan kepala yang sudah pecah dan baru yang sangat menusuk dihidung.

Ambo rasa kes panas baran perempuan cdm25 tu panass dahh..tp gak kes daf1584 lagi panah malam ni..letihh nk menjawab..kpd hok tau tu mitak tulo back up dehh..tq..parok2..nyaknyo pomen ambo kena fitnah kaw2.dia jo tulong amik kucing mapuh tu…ambo owner keta..”, Jelas Ahmad Dasuki melalui Facebook peribadinya.

Sebenarnya sungguh murni hati mereka ini yang membantu mengalihkan bangkai kucing yang telah membusuk ke tepi jalan dari terus dilanggar oleh kenderaan lain. Oleh kerana bangkai sudah tentulah berbau busuk, tak ada sesiapa ingin membawa bangkai masuk ke dalam kereta. Tak semua orang punya hati murni nak alihkan bangkai haiwan ke tepi jalan.

Jadi kes ini boleh dikatakan sudah berakhir dan penjelasan pun sudah dibuat. Lepas ni diharapkan usahlah kita mudah membuat kesimpulan hanya dari sekeping gambar sebelum mendengar penjelasan dari empunya diri.

Berita Baik Untuk Yang Bersaiz 2XL Hingga 7XL Sahaja!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas