Connect with us

Oh! Media

Pemilik Note 7 Boleh Pulangkan Semula Untuk Dapatkan Kembali Wang Anda

Ohmedia note 7jpg

Umum

Pemilik Note 7 Boleh Pulangkan Semula Untuk Dapatkan Kembali Wang Anda

Samsung Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa sesiapa yang memiliki Samsung Galaxy Note 7 boleh memilih untuk mendapatkan wang anda semula ataupun menukar ganti dengan Galaxy S7 Edge.

Ini disebabkan biarpun Samsung telah menukar Note 7 sebelum ini kepada yang baru akibat terlalu banyak kes terbakar, masih ada lagi kes terbakar dilaporkan pada peranti yang baru.

IKLAN

Biarpun Note 7 masih belum mula dijual di Malaysia, lebih 5,000 orang pengguna di Malaysia telah memakai phone ini yang dijual melalui preorder terawal beberapa bulan yang lalu.

Biarpun Oh! Media sendiri rasa sedih sebab Note 7 merupakan smartphones paling canggih dan awesome wujud setakat ini, namun keselamatan perlulah diutamakan. Mungkin ini masanya untuk kembali masuk penjara dengan memiliki iPhone 7 Plus. Yay!

Samsung Malaysia juga turut menggesa pemilik Note 7 untuk mematikan Note 7 mereka serta-merta. Sekiranya anda pemilik Note 7, hubungi Samsung Malaysia di talian 1-800-88-7799 untuk sebarang pertanyaan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas