Connect with us

Oh! Media

Pemergian Haziq Dilihat Tenang dan Tersenyum

Umum

Pemergian Haziq Dilihat Tenang dan Tersenyum

Gambar: Borneo post

Misteri kehilangan Muhammad Haziq Tarmizi terjawab apabila hasil ujian DNA mengesahkan bahawa ia adalah milik Haziq yang kini telah berusia 17 tahun. Haziq yang terbunuh dalam serangan pengganas di Christcurch Jumaat lalu telah selamat dikebumikan petang tadi.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, ibu dan ahli keluarga Haziq dapat bersama dan kelihatan arwah tenang dan tersenyum ketika ahli keluarga menatap buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Ibu saudara mangsa, Zarina Shuib, 53, berkata, perkara itu diceritakan adiknya, Mariani, 49, yang kini berada di Christchurch untuk menemani keluarga adik bongsu mereka, Mohd. Tarmizi, 42, yang menjadi mangsa tragedi berdarah itu.

“Adik (Mariani) kata wajah Muhammad Haziq nampak sangat tenang dan kelihatan seperti tersenyum ketika jenazah sudah selesai dikafankan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di sana.

“Saya sendiri memang terkejut dan sedih dengan pemergian arwah kerana menyangka dia masih hidup sebelum ini, kami sekeluarga amat terasa dengan pemergiannya tetapi inilah ketentuan Allah yang lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Hutan Kampung, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, ayah kepada arwah Haziq iaitu Mohd Tarmizi yang cedera ditembak kini sudah beransur pulih selepas dibenarkan keluar hospital semalam.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas