Connect with us

Oh! Media

Kes Altantuya : Hukuman Telah Dijatuhkan, Polis Masih Menjejaki Sirul Azhar

Umum

Kes Altantuya : Hukuman Telah Dijatuhkan, Polis Masih Menjejaki Sirul Azhar

Sirul Azhar menutup mukanya ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam pada tahun 2011
 

Pasti ramai sudah sedia maklum tentang keputusan terhadap dua suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu sembilan tahun lalu.

ADVERTISEMENT

 Mahkamah Persekutuan telah sebulat suara menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada dua suspek iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar diatas tuduhan tersebut.

Walaubagaimanapu, pihak polis masih lagi menjejaki Koperal Sirul Azhar yang juga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan waran tangkap sudahpun dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

“Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Sirul oleh Mahkamah Persekutuan. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan kesan beliau dan buat tangkapan. Sehingga kini kami sedang kesan beliau,” katanya dalam sistem pesanan ringkas kepada Bernama. 

Koperal Sirul Azhar, 43, tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan ketika hukuman dijatuhkan kerana dikatakan sedang berada di luar negara.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas