Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Pembunuh Altantuya Shaariibu Ke Tali Gantung

Umum

Akhirnya Pembunuh Altantuya Shaariibu Ke Tali Gantung

Mahkamah
Persekutuan hari ini mengetepikan keputusan membebaskan dua anggota
Unit Tindakan Khas (UTK) terhadap tuduhan membunuh model Mongolia,
Altantunya Shaariibu dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati
terhadap mereka.



Hakim
Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, yang membacakan
penghakiman itu, berkata mahkamah mengetepikan pembebasan Cif Inspektor
Azilah Hadri, 38, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 43, kerana membunuh
Altantuya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang
mendapati mereka bersalah membunuh wanita itu dan menjatuhkan hukuman
mati terhadap mereka.



Dalam
keputusan sebulat suara, mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan
untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota
polis berkenaan.



Hakim
Suriyadi berkata selepas meneliti keterangan yang dikemukakan di
mahkamah, dua anggota polis itu didapati gagal menimbulkan keraguan
munasabah terhadap kes pendakwaan.

ADVERTISEMENT

Azilah
dan Sirul Azhar didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di
Shah Alam antara 10 malam pada 19 Okt dan 1 pagi, keesokan harinya pada
20 Okt 2006.



Bekas
penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 54, yang didakwa bersubahat
dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 31 Okt
2008 selepas mahkamah itu memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal
membuktikan kes prima facie terhadapnya.



Pendakwaan tidak mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak. – BERNAMA

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas