Connect with us

Oh! Media

Pemberian Kad Pintar Diperkenal Untuk Agihan Elaun Sara Hidup Nelayan

Img 6945jpg

Oh! Lifestyle

Pemberian Kad Pintar Diperkenal Untuk Agihan Elaun Sara Hidup Nelayan

Pemberian elaun sara hidup kepada nelayan nampaknya akan diberikan bagi membela golongan itu. Ini diumumkan sendiri oleh Kementeria Pertanian dan Industri Asas Tani oleh menterinya, Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata,perkara itu telah diputuskan, namun menggunakan mekanisme berbeza apabila bercadang menyalurkan insentif berkenaan melalui kad pintar.

Menurut beliau, kaedah terbaharu itu adalah demi memastikan bantuan berkenaan dapat dinikmati secara terus kepada golongan yang memerlukan.

IKLAN

“Saya tak nak macam sebahagian sistem dulu, mana yang ada kelemahan kita perbaiki, mana yang baik kita teruskan. Ini penting bagi mereka yang patut menerima insentif dari kerajaan.

“Cara dan pendekatan akan difikirkan dari masa ke semasa. Kalau dulu bayaran secara tunai, sekarang kita perbaiki mungkin agih kupon, mungkin juga pemberian kad pintar,” katanya.

Bantuan itu juga akan membabitkan kira-kira 40,000 nelayan yang hanya terdiri daripada kumpulan sasar selepas proses pemutihan dilaksanakan.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas