Connect with us

Oh! Media

Pemansuhan Tol Laluan Motosikal Bukan Penamat – Lim Guan Eng

Oh! Negara

Pemansuhan Tol Laluan Motosikal Bukan Penamat – Lim Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, melihat pemansuhan tol laluan motosikal yang bermula hari ni di Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang da Lebuhraya Laluan Kedua Johor adalah satu permulaan sebelum keseluruhan tol dapat dimansuhkan.

ADVERTISEMENT

Beliau berkata bahawa kerajaan sedar tentang apa yang dijanjikan dalam PRU-14 yang lepas, tetapi perlu akur dengan kedudukan kewangan negara sekarang.

“Namun, kita kena terima hakikat kedudukan kewangan akibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membolehkan kita melaksanakannya (mansuhkan tol) dengan segera,” katanya yang ditemui pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Naik Taraf Lif Perumahan Kastam Bukit Gelugor, Gelugor di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan terus berusaha untuk memenuhi janji dan yakin dalam tempoh tiga tahun akan memulihkan kedudukan fiskal bagi memenuhi matlamat dan sasaran menjadi sebuah negara yang mempunyai ekonomi dan rakyat berpendapatan tinggi.

“Kita tidak sebut dengan hapuskan tol motosikal sudah, itulah penamatnya…tidak, kita akan terus berusaha (hapuskan tol).

“Sekiranya kedudukan fiskal adalah lebih baik daripada yang kita jangka mungkin ada berita baik lagi tapi rakyat mesti berusaha secara bersama dan jangan biarkan pihak tertentu memecah belahkan rakyat dan cuba menutup skandal rasuah,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas