Connect with us

Oh! Media

Pemandu Teksi Bergaduh Dengan Gadis Myvi Ditahan Pihak Polis

Pemandu2bteksi2bditahanpng

Umum

Pemandu Teksi Bergaduh Dengan Gadis Myvi Ditahan Pihak Polis

Pemandu teksi yang terbabit dalam insiden pertengkaran membabitkannya dengan sekumpulan gadis pada 29 Mac lalu didakwa atas empat tuduhan di Mahkamah Majistret Shah Alam di sini, hari ini.

Dalam tuduhan pertama di Mahkamah Majistret 2, Azmi Mat Mokhtar, 54, didakwa menyebabkan kerosakan kereta Perodua MyVi milik Sharifah Fara Difla Syed Fareid, 28, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang, 29 Mac lalu di sebuah stesen minyak di Seksyen 7 dekat sini.

Dalam tuduhan kedua, ketiga dan keempat di Mahkamah Majistret 2, Azmi didakwa menumbuk dan menyebabkan kecederaan kepada tiga beradik iaitu Sharifah Fara Difla; Sharifah Fara Afzan, 27, dan Sharifah Fara Ryyana, 24, pada masa dan lokasi sama.

IKLAN

Untuk tuduhan pertama Azmi didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum penjara setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat Azmi didakwa di bawah Seksyen 323 KK yang boleh dihukum penjara setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya. Bagaimanapun Azmi mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.

Untuk tuduhan pertama, Majistret Ellyana Razali menetapkan jaminan RM2,500 manakala bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin menetapkan jaminan masing-masing RM1,500.

Mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes. – myMetro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas