Connect with us

Oh! Media

Pemakanan Yang Tidak Sihat Untuk Kanak-Kanak

Kanak2bkanakjpg

Oh! Lifestyle

Pemakanan Yang Tidak Sihat Untuk Kanak-Kanak

Ibu bapa pada masa kini banyak memberi anak makanan yang ringan seperti biskut, gula-gula dan makanan segera sehingga menyebabkan mereka ketagih. Namun ibu bapa tidak mengetahui bahawa makanan tersebut boleh membuatkan perkembangan otak anak mereka terbantut.

Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi makanan dan minuman yang tidak sihat untuk pembesaran kanak-kanak. Antaranya makanan segera kerana ia mempunyai banyak bahan pewarna, bahan pengawet dan gula. Makanan ini tidak digalakkan untuk anak yang masih kecil kerana mampu untuk mengundang penyakit dan masalah kesihatan.

Selain itu, minuman berkarbonat juga tidak bagus diberikan pada mereka kerana mengandungi gula, pemanis, kafein dan macam-macam lagi. Hal ini disebabkan kandungan yang terdapat pada minuman berkarbonat tidak sesuai untuk perkembangan kanak-kanak yang masih kecil. Tukar minuman itu kepada susu dan berikan kepada mereka. Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk pemakanan anak yang masih kecil bagi memastikan mereka sihat pada masa depan.

IKLAN

OHMEDIA : SEMOGA MAKLUMAT INI DAPAT MEMBANTU IBU BAPA UNTUK MEMBESARKAN ANAK  DENGAN CARA YANG SIHAT


+ Baca respon pembaca pemakanan yang tidak sihat untuk anak-anak di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas