Connect with us

Oh! Media

Pemain Manchester Dah Boleh Minum Tealive Sekarang

Pictureformat2528612529jpg

Oh! Lifestyle

Pemain Manchester Dah Boleh Minum Tealive Sekarang

Siapa sangka akhirnya Tealive berjaya memasuki pasaran Eropah apabila kini telah membuka cawangan pertama mereka di Manchester, United Kingdom. Tealive yang merupakan jenama yang ditubuhkan di Malaysia itu merupakan sebuah syarikat pengeluaran air segera yang berasaskan teh dan cukup popular di Malaysia.

Pencapaian ini dianggap sangat membanggakan bagi pengasasnya, Bryan Loo dan ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan mereka membuka cawangan Tealive di Australian sebelum ini.

Pembukaan di Manchester ini dilihat dikunjungi oleh ramai warga Manchester yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri keunikan Tealive bersama Bubble. Antara perisa yang mendapat sambutan hangat pelanggan di sini termasuklah Teh Susu Pearl perisa Karamel, Matcha Latte Kacang Merah dan rangkaian Teh Ais Buah Segar yang dihidang bersama pulpa buah-buahan.

IKLAN

Jika di Manchester pun sudah mendapat sambutan yang hangat, di mana pula lokasi seterusnya? Pihak Tealive juga berkata mereka bercadang untuk membuka cawangan kedua di London dan mensasarkan pembukaan 5 cawangan di Eropah dalam tahun operasi pertama.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas