Connect with us

Oh! Media

Pelayan Restoran Derma Buah Pinggang Kepada Pelanggan Tetap

Umum

Pelayan Restoran Derma Buah Pinggang Kepada Pelanggan Tetap

Seorang gadis cantik dan seksi, Mariana Villarreal yang bekerja sebagai pelayan restoran di Roswell, Amerika Syarikat rela mendermakan salah satu buah pinggangnya untuk seorang pelanggan tetap tempat dia bekerja.

ADVERTISEMENT

Lelaki bertuah yang mendapat buah pinggang dari Mariana itu adalah Don Thomas yang menderita penyakit kanser sehingga kehilangan kedua-dua buah pinggangnya. Thomas merupakan pelanggan tetap di restoran tersebut selama 10 tahun.

Walaupun mereka tidak mempunyai hubungan darah, namun buah pinggang kedua sesuai dan sepadan. Malah sebelum pembedahan, Mariana sempat memuatnaik gambar ke laman sosial Instagramnya dan mengucapkan terima kasih diatas doa yang ditujukan kepadanya.

“Terima kasih banyak semua atas doanya. Itu sangat bermakna bagiku. Buah pinggang itu amat sesuai dan bekerja sangat baik. Aku sendiri seperti masih mempunyai dua buah pinggang yang bekerja dengan sempurna di sana,” ujar Villarreal.

Pada mulanya, Mariana bersimpati dengan keadaan Thomas yang mempunyai masalah buah pinggan lalu membuat keputusan untuk membantu Thomas kerana Mariana turut kehilangan neneknya akibat kegagalan buah pinggang berfungsi.

“Dari situ saya mendapat inspirasi untuk menolong pelanggan yang amat setia ini,” kata dia.

OHMEDIA: Berbagai cara orang meluahkan rasa penghargaan dan penghargaan yang dilakukan oleh Mariana ini sangat bermakna.

——————————————————–
https://www.facebook.com/ohperfumenista
Promosi hebat di Oh! Perfumenista
FREE POSTAGE + FREE TESTER
Whatsapp – 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas