Connect with us

Oh! Media

Pelakon Remaja Mengaku Dirogol Bapa Tiri 10 Tahun Lalu

Umum

Pelakon Remaja Mengaku Dirogol Bapa Tiri 10 Tahun Lalu

Sekadar Gambar Hiasan

Seorang pelakon remaja yang pernah membintangi beberapa drama bersiri disyaki telah menjadi mangsa rogol oleh bapa tirinya sendiri sejak ibunya berkahwin dengan lelaki tersebut 10 tahun lalu.

Laporan yang disiarkan melalui Harian Metro itu memaklumkan bahawa ibu mangsa telah tampil membuat laporan polis selepas anak perempuannya mengadu dipaksa memenuhi nafsu bapa tirinya setiap kali ditinggalkan bersendirian di rumah.

Remaja tersebut dipercayai dicabul oleh lelaki berusia 50-an itu sejak berusia tujuh tahun lagi selepas mereka tinggal bersama di Johor Bahru dan bapa tirinya semakin berani melakukan perbuatan tidak senonoh kepada mangsa sehingga merogol pada usia mangsa 12 tahun.

IKLAN

Sementara itu, Ketua Jabaran Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah ketika dihubungi akhbar berkenaan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan menyatakan bapa tiri remaja berkenaan ditahan Jumaat lalu di Ampang.

Suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa dan kini direman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

OHMEDIA: Semoga pelaku dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas