Connect with us

Pelajar SMK Dabong Pergi Sekolah Naik KTM, Pas Bulanan RM8 Sahaja

Oh! Tidak

Pelajar SMK Dabong Pergi Sekolah Naik KTM, Pas Bulanan RM8 Sahaja

Selepas lebih 3 bulan bercuti, kini para pelajar telah kembali ke sekolah. Paling mencuri tumpuan adalah pelajar di SMK Dabong yang pergi sekolah menaiki kereta api. Hal ini disebabkan jarak antara sekolah dan tempat tinggal mereka mencecah 25 kilometer.

Oleh yang demikian, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Antarabandar telah menjadi pengangkutan utama mereka untuk ke sekolah selama ini dan pelajar hanya perlu membayar pas bulanan sebanyak RM8 sebulan. Justeru itu, lebih kurang 200 pelajar telah menggunakan perkhidmatan ini dan melanggan pas bulanan kerana harganya sangat murah

Selain itu, mereka rasa bersyukur kerana dapat ke sekolah semula untuk belajar seperti biasa berbanding waktu PKP di mana mereka perlu belajar secara dalam talian (online). Ohmedia doakan mereka menjadi pelajar yang cemerlang serta berjaya dalam kehidupan.


OHMEDIA: SEMOGA ADIK-ADIK YANG TELAH KEMBALI KE SEKOLAH HARI INI DAPAT MENYESUAIKAN DIRI SELEPAS 3 BULAN BERCUTI

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pelajar SMK Dabong pergi sekolah naik KTM, pas bulanan RM8 sahaja di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

To Top