Connect with us

Oh! Media

“Pelacur Pun Pernah Anggotai CCM” – Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Oh! Negara

“Pelacur Pun Pernah Anggotai CCM” – Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengakui pelantikan golongan minoriti seperti transgender menganggotai Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) berlaku ketika era pentadbiran sebelum ini.
Beliau yang bertindak sebagai Timbalan Menteri Kesihatan yang berkhidmat pada 2009 berkata,  lantikan golongan berkenaan telah wujud sebelum beliau menjawat jawatan di Kementerian Kesihatan lagi. Katanya, pelantikan berkenaan adalah mengikut prosedur sedia ada.
Katanya, isu tersebut menjadi hangat ketika ini adalah kerana individu yang dilantik, Rania Zara Medina berkongsi mengenai lantikannya di media sosialnya sehingga menarik perhatian umum.
“Bukan kerana BN atau Pakatan Harapan (PH) mentadbir, tetapi lebih pada individu itu sendiri yang telah kedepankan dirinya di khalayak ramai dalam media sosial sehingga timbulnya kekeliruan mengenai lantikan tersebut. Dulu tidak timbul isu begini (individu dilantik dari golongan begini) kerana mereka tidak kongsi lantikan itu di media sosial, tetapi Rania telah melakukannya dengan berkongsi mengenai pelantikan tersebut,” katanya
Menurut beliau, pemilihan ahli daripada golongan minoriti itu bukanlah satu keputusan yang salah, kerana ia lebih kepada mahu merapatkan hubungan antara kerajaan dan mereka dalam menyebarkan pendididikan kesedaran kesihatan dan fungsi lain lagi.
“Cuma saya terkilan dengan KKM, apabila fungsi dan tujuan lantikan AJK itu tidak diperjelaskan kepada umum sehingga masyarakat melihat dari sudut negatif. Sepatutnya kerajaan beri penjelasan lebih awal mengenai CCM dan siapa ahlinya selain peranan yang dimainkan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca di Oh! Media

ADVERTISEMENT

Facebook Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas