Connect with us

Oh! Media

Peguam Keluarga Muhammad Adib Tidak Perlu Tarik Diri – Tun Dr Mahathir

Umum

Peguam Keluarga Muhammad Adib Tidak Perlu Tarik Diri – Tun Dr Mahathir

Nampaknya inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim berlarutan sehingga ke hari ini dan terbaru timbul pula masalah lain apabila peguam pembela Adib menarik diri.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, peguam Syazlin Mansor tidak sepatutnya menarik diri daripada prosiding inkues walaupun beliau diarahkan tarik diri daripada mewakili Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba.


“Peguam Negara sudah mengeluarkan kenyataan apa yang berlaku. Peguam ini adalah peguam keluarga Adib. Lepas itu jadi peguam kerajaan. Mana boleh. Sebab kerajaan melalui prosiding itu ingin tentukan sebab-sebab Adib meninggal.

“Pihak yang memilih peguam itu tidak sedar, dia sudah menjadi peguam untuk keluarga Adib. Apabila sudah diketahui, dia mesti tarik diri daripada mewakili kerajaan dan terus jadi peguam untuk keluarga Adib, tetapi dia tarik diri daripada semua dengan beranggapan ingin mencari kebenaran.

“Kebenaran boleh dapat dalam mahkamah kita. Sekarang ini perdana menteri tidak lagi berkuasa di mahkamah. Kalau kita tidak percaya di mahkamah, kepada siapa kita ingin percaya untuk buat keputusan,” katanya.

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata peranan Syazlin tidak diperlukan lagi dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib.

Zuraida berkata ini kerana Peguam Negara bertindak mewakili kerajaan termasuk kementerian serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Syazlin mengumumkan menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba itu di hadapan Hakim Rofiah Mohamad, yang bersidang sebagai Koroner, ketika prosiding hari ke-37 di Mahkamah Koroner di Shah Alam, semalam.

Penarikan diri beliau mencetuskan pelbagai spekulasi dan persoalan mengenai kedudukan inkues berkenaan dalam memberi keadilan kepada Allahyarham Muhammad Adib.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas