Connect with us

Oh! Media

PAU Sahaja Boleh Lucutkan Jawatan Saya – Presiden UMNO Zahid Hamidi

Ab890c33d3c8431619a3f0eec9dcfa11jpe

Oh! Negara

PAU Sahaja Boleh Lucutkan Jawatan Saya – Presiden UMNO Zahid Hamidi

Berikutan dengan suara-suara yang ingin mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk melucutkan jawatannya, beliau menegaskan bahawa hanya Perhimpunan Agung UMNO sahaja yang boleh melucutkan jawatan yang dipegangnya itu.

“Dulu desakan bercuti. Sekarang desakan letak jawatan. Ok…yang boleh melucutkan jawatan saya hanyalah Perhimpunan Agung Umno sahaja.

“Ia mestilah dihadiri oleh dua per tiga perwakilan yang hadir dalam perhimpunan yang lalu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

IKLAN

Zahid Hamidi turut menyerahkan perkara itu kepada Ibu Pejabat UMNO dan sekiranya desakan ini berlaku, ia perlulah ada dua pertiga daripada seluruh perwakilan yang kini mempunyai sebanyak 146,000 perwakilan sekarang.

“Itu ibu pejabat kena buat. Tetapi perlu dua pertiga daripada seluruh perwakilan. Awak tahu perwakilan ada berapa? 146,000 perwakilan. Itulah jumlahnya. Kena ada dua per tiga yang desak,” katanya.

Diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mengatakan bakal berlaku gelombang ketiga Ahli Parlimen keluar Umno sekiranya beliau enggan melepaskan jawatan, Ahmad Zahid yang tidak gusar dengan apa yang didedahkan itu berkata, Hamzah tidak mempunyai hak bercakap mengenai parti lagi.

“Dia dah keluar Umno kan? Bila dia dah keluar Umno dia tidak boleh bercakap bagi pihak Umno,” katanya.

Hamzah antara enam Ahli Parlimen Umno yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas