Connect with us

Oh! Media

Pasukan Wings dari China juara DOTA 2 ESL One Manila 2016

Umum

Pasukan Wings dari China juara DOTA 2 ESL One Manila 2016

ADVERTISEMENT
Kejuaraan premium DOTA 2 ESL One Manila yang buat kali pertamanya diadakan di benua asia tenggara. Negara Filipina dipilih menjadi sebagai tuan rumah untuk kejuaraan permainan komputer ini. Terdapat 8 pasukan dari setiap pelusuk dunia berkumpul dan bersaing untuk memenagi hadiah yang merupakan wang tunai sebanyak USD 250,000. 
Peminat di Filipina semestinya menunggu kejuaran sebegini diadakan di tempat mereka kerana permainan Dota 2 sangat popular di kalangan remaja-remaja di sana. Kita dapat lihat suasana di sana sangat meriah di mana semua pasukan memberikan persembahan yang terbaik. 

Pasukan Wings dari China merupakan  juara untuk kejuaraan  ESL One Manila 201006 di mana mereka mengalahkan pasukan lawan iaitu pasukan Liquid sebanyak 3:0. Sebelum ini, mereka berada di kumpulan sama dan pasukan Liquid telah mengalahkan mereka sebanyak 2:0. Tapi di peringkat akhir, pasukan Wings membalas dendam dan mereka berjaya mengalahkan salah satu pasukan pilihan dari eropah itu.
Tahniah buat pasukan Wings dan diharapkan pasukan Fnatic yang ramai diwakili oleh pemain Malaysia dapat berusaha lebih gigih untuk kejuaraan seterusnya ESL One di Frankfurt, German pada bulan Jun ini. Hanya di OhGeekz, info teknologi terkini buat anda semua

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas