Connect with us

Oh! Media

Pasti Ramai Yang Nantikan Keputusan Inkues Adib

Umum

Pasti Ramai Yang Nantikan Keputusan Inkues Adib

Rasa seperti telah didiamkan, tetapi Ohmedia pasti ia masih segar diingatan semua orang. Ohmedia maksudkan berkenaan isu Arwah Muhammad Adib Mohd Kassim yang merupakan seorang anggota bomba.

Dalam perkembangan terbaru, pihak Mahkamah Koroner hari ini telah menetapkan tarikh 27 September 2019 sebagai tarikh keputusan prosiding inkues Adib dan Koroner Rofiah Mohamad memaklumkan mahkamah secara rasmi sudah menutup prosiding inkues berkenaan.

Inkues Adib telah berjalan selama 41 hari dan penutupan secara rasmi inkues ini sekaligus telah menolak pemohonan Pegawai Pengendali kes, Faten Hadni Khairuddin yang telah memberikan cadangan agar seorang lagi saksi patologi dipanggil.

IKLAN

Jadi, ini bermakna pihak mahkamah telah berpuas hati dengan keterangan semua saksi yang ada iaitu seramai 30 saksi telah terlibat, termasuk beberapa saksi pakar dan orang awam.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas