Connect with us

Paru Lembu Di Pasaraya Didakwa Guna Pewarna Tiruan Untuk Nampak Segar

Umum

Paru Lembu Di Pasaraya Didakwa Guna Pewarna Tiruan Untuk Nampak Segar

Seorang pengirim menghubungi OhMedia dan mendakwa tertipu dengan organ dalaman haiwan yang dijual di sebuah pasaraya kerana menyuntik pewarna di dalam organ tersebut untuk menjadikannya kelihatan segar.

Berikut adalah laporan yang diterima;

SILA BACA. BUKAN NAK MENJATUHKAN ORANG, TAPI NAK ORANG RAMAI BERINGAT. PERIKSA SEBELUM BELI. JANGAN TERTIPU.
PADA 3/12/2014, IBU SAYA TELAH MEMBELI ORGAN DALAMAN IAITU PARU LEMBU DI SEBUAH PASARAYA YANG BERNAMA HERO DI SEKITAR WANGSA MAJU. SETELAH MELIHAT PARU YANG NAMPAK SEPERTI MASIH SEGAR DENGAN KEMERAHAN WARNA DARAH YANG TERDAPAT PADA PARU TERSEBUT, LALU IBU SAYA MEMBELI PARU BERKENAAN. APABILA PULANG KE RUMAH, PARU ITU DISIMPAN DI DALAM PETI AIS SEJUK BEKU.

JADI SEBELUM DIMASAK, PARU BERKENAAN DI RENDAM DAHULU DENGAN AIR PANAS YANG MENDIDIH, DAN TERDAPAT AIR BERWARNA MERAH YANG TERLALU BANYAK DAN TIDAK BERHENTI MENGALIR KELUAR DARI PARU BERKENAAN. SETELAH DICUCI BERKALI-KALI, AIR BERWARNA MERAH MASIH TIDAK HILANG PADA PARU. LALU PARU BERKENAAN DI RENDAM DI DALAM AIR PANAS, DAN PARU BERKENAAN MENGELUARKAN SEJENIS CECAIR BERWARNA MERAH, APABILA DITELITI, ITU BUKAN DARAH, TETAPI PEWARNA YANG SENGAJA DILETAKKAN PADA PARU UNTUK KELIHATAN SEPERTI MASIH SEGAR, DAN PARU ITU ADALAH PARU YANG LAMA TETAPI DISUNTIK DENGAN PEWARNA.

JADI DIINGATKAN KEPADA ORANG DI LUAR SANA, BERHATI2 LAH SEBELUM MEMBELI. BANYAK YANG KAUT UNTUNG DENGAN MENIPU. PASARAYA PUN DAH TAK BOLEH PERCAYA. PERIKSA DAHULU SEBELUM BELI. – Shafiz Isa

Berikut adalah resit pembelian yang disertakan bersama.

Kami merasakan mungkin pewarna tersebut adalah pewarna yang boleh dimakan. Digunakan pasaraya untuk menampakkan daging jualan mereka segar dan sebagainya. Apapun itu tekaan kami sahaja. Sejauh mana kebenaran dakwaan pengirim ini, mohon pihak pasaraya tersebut tampil beri kenyataan ya 🙂

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top