Connect with us

Oh! Media

Papan Iklan Disangka Babi Berbaju Melayu Ucap Selamat Hari Raya Cetus Kemarahan

11721176 10207661521522468 613696399 njpg

Umum

Papan Iklan Disangka Babi Berbaju Melayu Ucap Selamat Hari Raya Cetus Kemarahan

Isu tercetus bila satu gambar papan iklan LED yang memaparkan sebuah syarikat bernama “SERVCORP” memaparkan satu maskot haiwan lengkap berbaju Melayu dan mengucapkan “Selamat Hari Raya” yang dipaparkan di sebuah skrin iklan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Mungkin kerana paparan LED tersebut yang kurang jelas membuatkan ianya menerima kecaman ramai kerana disangkakan ianya seekor Babi yang berbaju Melayu! Tanpa sebarang penelitian lanjut, gambar tersebut terus di’viralkan di laman sosial hingga ianya tersebar meluas dan mendapat kecaman dari orang ramai.

Sebenarnya, haiwan yang berbaju Melayu dan mengucapkan “Selamat Hari Raya” itu bukannya seekor Babi seperti yang disangkakan tetapi haiwan tersebut bernama “Wombat”. Anda boleh Google sendiri dan lihat.

IKLAN

Sememangnya Wombat ini telah lama dijadikan sebagai maskot dan simbol bagi syarikat “SERVCORP”.

Diharapkan penjelasan dari Ohmedia ini merungkai tanda-tanya orang ramai dan selepas ini lebih berhati-hati dalam membuat tuduhan agar tidak memalukan diri sendiri.

+ Baca respon orang ramai di Oh! Media.

Minum Milo & Menang Macbook 11 Inci!

Mmm! Tak sabar. Sedap betul Milo paket ni! Minum banyak-banyak boleh lah menang Macbook 11-inci. Macam mana nak?…

Posted by Oh! Media on Friday, July 3, 2015

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas