Connect with us

Oh! Media

Pandangan Warga Korea Selatan Terhadap Malaysia

Umum

Pandangan Warga Korea Selatan Terhadap Malaysia

ADVERTISEMENT

Bila disebut sahaja Korea Selatan,kebanyakan rakyat Malaysia akan bercakap tentang drama-drama mereka yang ‘romantic’, artis-artis mereka yang ‘cute’ dan lagu-lagu mereka yang ‘best’. Kegilaan sebahagian rakyat Malaysia terhadap artis-artis Korea ini boleh dilihat sehingga tercetusnya kontroversi yang tidak sedap didengar dan dilihat.

Amat susah sekali bagi masyarakat kita untuk bercakap atau memfokuskan tentang kejayaan Korea Selatan dalam pembangunan negara yang telah mereka kecapi, bahkan turut mampu mengeluarkan barangan-barangan yang berkualiti dan diiktiraf dunia, ditambah pula dengan teknoloji yang sangat maju dan institusi-institusi pengajian mereka yang baik.

Seeloknya kefanatikan sebahagian rakyat Malaysia terhadap hiburan-hiburan mereka itu dapat membuatkan mereka turut memfokuskan kemajuan mereka dari segi teknoloji dan sikap mereka yang disiplin, teratur dan cekap juga boleh dijadikan contoh teladan untuk dipraktikkan di negara kita, tidakkah ini menguntungkan negara juga?.

Gambar dari kujtokyo.blogspot.com

Rakyat Malaysia Banyak Mengenali Korea Selatan Melalui Hiburan

Seperti yang saya perjelaskan tadi, rata-rata rakyat Malaysia mengenali Korea Selatan kerana hiburan mereka dan kini persoalan yang timbul pula, apa pula pandangan rakyat Korea Selatan terhadap Malaysia?

‘Kyu’ dan ‘Som’ merupakan pelajar daripada Busan, Korea Selatan yang sedang melanjutkan pelajaran mereka di Turki. Saya mengenali mereka ini sewaktu membantu mereka untuk mendapatkan rumah sewa. Masih teringat lagi ketika saya berbual dengan Kyu, pada awalnya dia kelihatan tidak begitu mesra, tetapi apabila dia mengetahui saya daripada Malaysia, dengan semangatnya dia mengatakan “Oh Malaysia!! Baguslah!”.

Kata Kyu selepas bersembang panjang “Saya sangat menyukai kamu” dan terus disampuk oleh Som “Dia bukan gay tau, dia suka dengan orang macam kamu dan dia dah ada teman wanita!”. Tergelak kami. Hari itu merupakan hari pertama perkenalan kami, tetapi seolah-olah sudah lama berkenalan.
“Saya yakin orang Malaysia memang baik-baik belaka, sikap kamu ini membuatkan saya mempunyai pandangan yang sangat positif tentang orang Malaysia”. Kata Kyu,

Disebabkan perwatakan mesra yang saya tonjolkan membuatkan mereka begitu kagum sehingga mereka menghubungi seorang lagi rakan mereka iaitu Yu, gadis Korea yang turut belajar di sini, waktu itu memang sudah pun lewat malam, tetapi gadis Korea ini tetap mahu datang untuk berkenalan.

“Kamu memang membuatkan kami gembira, dan saya harap kita dapat terus berkawan dan saling tolong menolong” Kata Kyu sebelum kami bersurai pulang ke rumah.
Kami berjumpa pada hari berikutnya, dan waktu ini, kami mempunyai waktu yang sangat panjang untuk berbual. Banyak topik-topik yang kami berbualkan dan salah satu yang saya ingin berkongsikan ialah pandangan Kyu tentang Malaysia.

Negara Malaysia Sangat Terkenal di Korea Selatan. 

“Malaysia sangat terkenal di Korea, khususnya Kuala Lumpur, sebab bandar ini sangat maju, moden dan mempunyai teknoloji yang baik. Ramai orang Korea yang datang melawat Malaysia. Sikap ramah dan hormat orang Malaysia membuatkan kami kagum. Kalau tanya saya, selain Jepun, Malaysia juga merupakan negara yang maju di Asia”.

Kyu dan Som turut mengkritik Korea Utara dan mengatakan tiada negara yang boleh ke sana kerana mereka ini sangat tertutup dan berbahaya, tiada siapa yang berminat dengan mereka.
“Eh, tapi Malaysia satu-satunya negara yang boleh melawati Korea Utara tanpa memerlukan visa tau!”. Saya jelaskan.

Mereka memang Nampak sangat terkejut, dan seolah-olah tidak percaya. Saya terus menyambung.
“Memang Korea Utara tak bagus, bahaya dan tertutup, tapi kalau semua negara kritik dan menjauhi mereka, sampai bilalah mereka macam itu. Malaysia sangat mesra dengan semua negara, kami mengkritik menggunakan saluran diplomasi, cuba lihat kenapa Korea Utara boleh berlunak dengan Malaysia? Itu disebabkan sikap kami yang menghormati mereka, maka mereka pun hormatlah kami dan kesannya besar, kini Singapura juga boleh melancong ke Korea Utara tanpa visa! Bukankah ini kesan yang positif?

Kyu dan Som mendengar penjelasan saya dengan penuh minat dan beliau sangat kagum dengan Malaysia. “Ohhh, Malaysia mampu buat, tapi kami tak mampu, Baguslah kalau Malaysia boleh membawa Korea Utara ke satu tahap yang baik. Ini satu sikap yang terpuji”. Kata kyu.

Som yang sejak tadinya mendiamkan diri mencelah menukar topik “Orang Malaysia sangat sukakan artis-artis Korea, banyak artis Korea ke Malaysia. Kami di Korea pun minat juga artis-artis ini tapi takdelah kisah sangat, mungkin orang Malaysia tak tahu, yang kebanyakan artis-artis Korea nampak cantik dan kacak adalah disebabkan pembedahan plastik, orang Korea sangat gilakan kecantikan. Apa sahaja mereka sanggup buat”.

Saya mengangguk tanda bersetuju, sebelum sempat saya menjawab, Kyu bersuara “Buat apa terlalu fanatik dengan sesuatu yang tidak memberi apa-apa manfaat untuk negara, macam kamu cakap tadilah, Korea maju dengan teknoloji dan merupakan sebuah negara yang membangun, lebih baik fanatik dengan saintis-saintis kami, ada manfaatnya juga”. Saya mengangguk tanda bersetuju.

Rakyat Malaysia Sangat Baik dan Sopan. 

Sebelum kami mengakhiri perbualan, saya minta mereka beri sepatah dua kata terhadap Malaysia.
“Malaysia negara yang sangat membangun dan maju, rakyat Malaysia pula sangat baik dan sopan. Kami berharap Korea Selatan terus dapat bekerjasama dengan Malaysia. Sekiranya Malaysia mencontohi Korea dari segi teknoloji, kami pula akan mencontohi Malaysia dari segi etika dan kesopanan yang tinggi”.

Banyak kesimpulan yang saya boleh dibuat, sebagai pelajar di negara luar, kita seharusnya menunjukkan satu sikap yang baik kerana masyarakat luar selalunya menilai negara itu melalui pandangan pertama mereka terhadap kita, kalau buat baik, seluruh negara dapat pujian, buat buruk, maka buruklah pandangan mereka terhadap negara kita.

Rakyat Malaysia sepatutnya mencontohi sikap orang-orang Korea yang rajin membangunkan negara mereka yang pastinya memberi satu impak yang besar buat negara kita berbanding tergila-gilakan hiburan mereka yang hanya mencetuskan kontroversi dan tidak membawa apa-apa manfaat kepada negara.

Berbanggalah kerana menjadi anak Malaysia kerana negara yang hebat ini sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Jangan disebabkan kekurangan yang ada membuatkan kita terus hilang rasa hormat terhadap negara sehingga sanggup memburukkan nama negara kepada masyarakat luar.

*Sekiranya anda mempunyai cerita-cerita atau pandangan masyarakat dunia terhadap Malaysia, bolehlah inboxkan pada saya. Saya akan share kan di sini. Marilah kita berkongsi kebanggaan negara kita ini kepada mereka yang masih tidak mempunyai semangat patrioritik terhadap negara.

+ Perkongsian oleh Thaqib Shaker

Tonton Video Afghan Prank Peminat Dia

Lawak gila tengok prank si Afgan ni kenakan peminat dia dekat KL. Korang hati-hati kalau pergi karaoke tau takut-takut entah siapa yang jadi pelayan tu. Haha!Sumber video: https://youtu.be/CvmkjhDw0sQ

Posted by Oh! Media on Monday, September 14, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas